Tuesday, February 15, 2011

Dikala Nazak....

Dasyatnya kematian tidak dapat diketahui secara pasti kecuali oleh org yg merasakannya. Sedangkan, orang yg tidak merasakannya boleh mengetahui ,namun hanya dengan mengkiasnya pada rasa sakit yg dialaminya atau dengan menggunakan dalil keadaan orang pada waktu nazak.

Disebutkan bahawa setiap anggota tubuh tidak memiliki roh didalamnya, maka yang merasakan sakit adalah roh.Jika anggota tubuh cedera atau terbakar,maka rohnya yang merasa sakit.Sebanyak rasa sakit yg dirasakan ruh, itulah rasa sakit yang dideritai tubuh. Rasa sakit itu tersebar ke seluruh bahagian tubuh. Sementara, rasa sakit yang dirasakan oleh roh hanya sebahagian. Jika rasa sakit itu dirasai roh sahaja dan tidak dirasai yang lainnya, maka betapa hebat dan dasyatnya rasa sakit itu.

Nazak ibarat sesuatu yg menyakitkan roh sehingga tidak tertinggal satu bahagian pun dari roh yang tidak merasa sakit. Andaikata badan terkena duri, maka kesakitan yang dirasakannya hanya dirasakan bahagian roh yang terkena duri itu sahaja. Tetapi kesakitan pada waktu nazak menyerang rph dan seluruh bahagiannya. Ini kerana roh itulah yang dicabut dan ditarik dari setiap urat dan sendi, dari kepala sehingga kaki. Jangan ditanya bagaimana sakitnya sehingga mereka katakan " Sesungguhnya kematian itu lebih dasyat daripada dilibas dengan pedang hanya menimbulkan kesakitan pada bahagian roh yang terkena libasan pedang itu sahaja.

Lantas, bahgaimana jika yang terpotong dan terkena adalah roh itu sendiri. Manusia yang terpotong dan terkena adalah roh itu sendiri. Manusia yang terpotong meminta tolong dan hidup sehingga pagi kerana masih mempunyai kekuatan di dalam jantung dan lidahnya. Suara mayat dan teriakannya terputus disaat dia merasakan kesakitan yang sangat kerana rasa sakit itu telah memunjak dan meningkat pada jantungnya.Oleh itu, setiap kekuatan menjadi rapuh dan setiap anggota badan menjadi lemah. Dia tidak lagi mempunyai kekuatan untuk meminta tolong. Sementara itu, akal sudah tertutup dan bingung,lisan bisu,tangan dan kaki telah menjadi lemah.

Dia berharap boleh berehat dengan rintihan, teriakan dan meminta tolong. Akan tetapi, dia tidak sanggup melakukannya. Jika masih ada kekuatan, maka di saat dicabut nyawa dan ditariknya akan terdengar suara berdengkur dari tenggorok dan dadanya.Warna kulitnya telah berubah dan menjadi pucat seperti tanah yang asal fitrahnya. Kesakitan tersebar di dalam dan diluar tubuhnya sehingga kedua biji matanya dekat dengan 2 kelopak matanya.sementara kedua bibir dan lidahnya berkerut...

BAYANGKAN........

Saturday, January 15, 2011

Macam-macam seksa menurut amal perbuatan manusia...

Allah SWT berfirman: "Wahai manusia, andaikata engkau mengetahui orang-orang yang merosak janji dan amanatku hendak diseret wajah mereka ke neraka.Ketika mereka dilemparkan ke dalam neraka Jahannam maka, jadilah setiap anggota badan mereka dalam suatu tempat. Celakalah orang-orang yang merosak janji dan amanatku. Kau lihat mereka tersalib di atas pohon zakkum, sedang api masuk dari dubur mereka dan keluar dari mulut,mata dan telinga. Wahai Musa, andaikata kau mengeetahui org2 yg merosak janji dan amanatku, sungguh hendakKu sertakan dia dengan syaitan dalam satu rantai dan belenggu digantung pada lidahnya, kedua lubang hidungnya mengalir darah, tiada boleh tidur dan tiada boleh istirehat biar hanya sekejap mata hingga orang-orang kafir itu mengharapkan ketenteraman dengan kematian daripada seksa. Demikian itulah orang-orang yang merosak janjiKu mengharapkan ketenteraman dengan kematian.

Demikian pula orang-orang yang berzina dari memakan riba, serta MENINGGALKAN SOLAT. Mereka diseksa dalam neraka selama satu Huqub. Wahai Musa, andaikata air lautan sebagai tinta, semua pepohonan sebagai pena,jin dan manusia sebagai penulis sungguh telah habis semua pena, telah sirna semua jin dan manusia dan habislah semua lautan sebelum masa satu Huqub dalam neraka Jahannam"

Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah satu Huqub itu?" Jibril as menjawab : "Empat ribu tahun" Rasulullah bertanya lagi :" Dalam satu tahun  berapa bulan?" Malaikat Jibril menjawab:" Empat ribu bulan" Rasulullah bertanya lagi,"Dalam satu bulan ada berapa hari?" Malaikat Jibril menjawab " Empat ribu hari", Rasulullah SAW bertanya lagi. " Dalam satu hari ada berapa jam?" Jibril menjawab," Tujuh puluh ribu jam dan setiap jamnya sama dengan waktu setahun dari tahun-tahun didunia ini"

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra.., beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang hari kiamat, maka keluarlah sesuatu dari api neraka, namanya Harusy yg terlahir dari kalajengking,kepalanya berada langit ke tujuh, sedangkan ekornya berada dibumi yang terbawah maka berserulah dia tujuh kali. " Dimanakah orang-orang yang melahirkan Allah dan dimana orang-orang yang memeranginya?" Maka Malaikat Jibril as berkata: " Apa yang kau inginkan wahai Harusy?"

Dia menjawab: " AKU MENGINGINKAN LIMA GOLONGAN: DIMANA ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT, DIMANA ORANG-ORANG YANG MENCEGAH ZAKAT, DIMANA ORANG-ORANG YANG MEMAKAN RIBA DAN DIMANA ORANG-ORANG YANG MEMINUM KHAMAR (arak), DIMANA ORANG-ORANG YANG BERCAKAP-CAKAP DIMASJID MENGENAI MASALAH KEDUNIAAN?"

Maka dia kumpulkan mereka dalam perutnya, lalu dia lempar ke neraka Jahannam. Kita berlindung kepada Allah SWT dari kecelakaan yang demikian.

Sunday, December 26, 2010

.DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA-dikongsi daripada member

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Diluluskan pada Khamis, 22 Mei 2003 @ 18:08:28 oleh SaLaFiaN
Tazkirah 


asrul_safwan menulis "Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

Saturday, December 25, 2010

Untuk renungan semua.....dunia semakin tua....tp kita????

video ini dipost drpd sahabat ana yg dikenali dlm fb....ana simpan video ni sebab pnuh maksud msej yg disampaikan.kepada empunya video...izinkan sy share2kan video ni yer....dlm fb da pnuh...ada yg x leh tengok vdeo ni....semoga Allah memberi kita petunjuk....insyallah.....

Wednesday, December 22, 2010

PEDIHNYA AZAB JAHANAM!!!!!!

Imam Bukhari meriwayatkan,"Kebanyakan doa nabi SAW adalah: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat serta lindunglah kami dari azab nerakan.:

Abu Ya'la meriwayatkan, "Nabi SAW berkhutbah:
"Janganlah engkau melupakan dua kebesaran Syurga dan Neraka"

Kemudian baginda menangis hingga berurailah air matanya membasahi janggutnya.
Lalu bersabda:
      
           "Demi Zat yang aku dalam kekuasan-Nya,jika kamu tahu apa yang aku tahu dari urusan akhirat, tentu kamu akan berjalan ke gunung dan memenuhi kepalamu dengan debu"



AT-Thabrani, "Jibrail datang kepada Nabi  SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang.Kemudian Nabi SAW  berdiri menyambutnya seraya berkata:

"Wahai Jibril, belum pernah aku melihat engkau berubah rupa." Jibril berkata, "Aku datang setelah Allah memerintahkan aku ,mengintip Neraka." Nabi SAW bertanya, "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang keadaan Neraka!" Jibril menjawab, "Sesungguhnya  Allah SWT memerintahkan Jahanam menyalakannya  seribu tahun hingga menjadi putih.Lalu memerintahkan menyalakannya  seribu tahun lagi hingga merah.Dan kemudian memerintahkan menyalakannya seribu tahun lagi, sehingga menjadi berwarna hitam pekat. Tak kelihatan lagi cahayanya dan tak terpadamkan lagi nyalanya. Demi zat yang menutusmu sebagai nabi dengan benar, kalau Jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum,matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan. Demi Zat yang mengutuskan kebenaran, jika saja seorang penjaga Jahanam menjelma ke dunia,tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang busuk. Demi Zat yang menutusmu denga kebenaran, kalau sepotong rantai ahli Neraka, yang telah dijelaskan Allah dalam kitab-Nya itu diletakkan di atas gunung, tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi."
Kemudian Nabi SAW memandangi Jibril yang telah menangis itu lalu bertanya, "Wahai jibril, mengapa engkau menagis kau telah punyai kedudukan di sisi Allah?" Jibril menjawab, "Bagaimana aku tidak menagis? Justeru aku lebih berhak menangis. Siapa tahu dalam ilmu Allah keadaanku menjadi lain.Aku tidak tahu, kalau-kalau diseksa sebagaimana seksaan Iblis.Bukankah Iblis itu sendiri juga dari Malaikat? Aku tidak tahu.Kalau-kalau aku diseksa seperti seksa Harun dan Marut."
Kemudian Nabi SAW menangis, sampai ada suara yang meamnggil, "Wahai Jibril dan wahai Muhammad, kamu telah diamankan. Tidak akan menderhakai-Nya"

Jibril kemudian naik dan Rasulullah pun keluar. Lalu baginda berjumpa dengan orang-orang Ansar yang tertawa riang dan bermain-main. Nabi SAW  berkata, "Adakah engkau tertawa sedang dibelakangmu ada Neraka? Kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Tentunya kamu tak lalu makan dan minum. Malah kamu akan keluar ke masjid ,tertiarap kepada Allah SWT."

Kemudian ada suara yang memanggil. "Wahai Muhammad, jangan engkau membenci hamba-Ku. Engkau hanya Ku-utus sebagai pemberi khabar gembira.Bukan untuk menyedihkan orang." Rasulullah lalu bersabda, "Luruskanlah dan mendekatkanlah".

Diriwatyatkan bahawa Nabi SAW berkata kepada Jibril:
"Aku tidak pernah melihat Malaikat itu tertawa."
Jibril berkata: "Dia tidak pernah tertawa sejak Neraka diciptakan."

Ibnu Majah dan Al-Hakim, "Sesungguhnya apimu (didunia) ini sebahagian dari tujuh puluh bahagian api Neraka. Itu pun kalau tidak dicuci dengan air dua kali takkan boleh berguna bagimu. Dan sesungguhnya api itu berdoa kepada Allah SWT agar tidak di kembalikan ke Neraka".

Ibnu Abas merawikan, "Tangis dikirimkan kepada ahli Neraka. Mereka menangis hingga kehilangan air mata. Kemudian mereka menangis darah. Sehingga keadaan muka mereka seperti jurang yang kalau dikirim perahu ke situ akan boleh berjalan."

Sunday, December 12, 2010

KEUTAMAAN FUQARA.....

Nabi s.a.w bersabda:
"Sebaik-baik umat ini adalah fuqaranya dan paling cepat masuk ke Syurga adalah kaum yang lemah"
Nabi s.a.w bersabda:
"Kupunya dua kecenderungan. Siapa yang menyukainya, bererti menyukaiku dan siapa membencinya,bererti membenciku.Iaitu kefakiran dan perjuangan"

Dirawikan bahawa Jibrail as datang kepada Nabi SAW sambil berkata "Sukakah kau jika gunung ini ku jadikan emas dan bersamamu di mana pun kau berada?"
Rasulullah terdiam sejenak lalu berkata, "Hai Jibrail, dunia ini rumah orang yang tidak punya rumah, harata orang yang tidak punya harta dan yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal." Kemudia Jibrail berkata, "Hai Muhammad, semoga Allah menetapkan ucapanmu."

Dirawikan bahawa Nabi Isa as berjumpa dengan orang yang sedang tidur lena dalam selimutnya.Segera dia embangunkannya seraya berkata, 'Hai orang yang tidur, bangunlah dan ingatlah kepada Allah." Orang itu berkata, "Apa yang kau kehendaki dariku.Aku sedang meninggalkan dunia untuk ahlinya."Lalu Nabi Isa berkata ,jika demikian tidurlah engkau wahai kekasihku".

Pernah juga Nabi Musa as melihat lelaki yang tengah tidur di atas tanah berbantalkan batu bata namun muka dan janggutnya penuh debu. Nabi Musa as berkata " Ya tuhanku, hambamu ini tersia-sia didunia". Kemudian Allah memberinya wahyu: "Hai Musa,tidakkah kau tahu jika aku memandangi seorang hamba, Ku halangi dia dari dunia seluruhnya"

Nabi SAW bersabda: Aku lihat di Syurga kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir dan aku lihat di Neraka kebanyakan penghuninya adalah orang kaya dan wanita"

Nabi SAW bersabda:

"Aku masuk ke Syurga. Kudengar gerakan didepanku. Kulihat, ternyata Bilal. Diatasnya umatku yang fakir-fakir dan anak-anaknya dan dibawahnya orang-orantg kaya dan sedikit wanita. Aku berkata, "Ya tuhan, bagaimana keadaan mereka?" Allah berkata, "Adapun wanita-wanita, mereka mabuk emas dan sutera sedangkan orang-orang kaya itu akan dihisab." Aku tidak melihat Abdur Rahman bin Auf. Namun sebentar kemudian dia datang sambil mmenangis. Kutanya," Mengapa engkau tertinggal dariku?"
Dia berkata, "Ya rasulullah SAW,aku mengalami beberapa kesulitan. Kukira aku tidak akan melihat engkau." Rasullullah bertanya, "Mengapa?", "Aku dihisab kerana hartaku".

Monday, December 6, 2010

buAt AdIk2, kAkAk2, aBg2.....ambil iktibar....jgn sampai anda x sempat menerima kritikan/teguran....

~bhaya SMS~
ambillah pengajaran daripada kisah nih...

1. hai boleh sayer kenal
sayer tertarik dengan perwatakan sopan
awk, da lamer sayer perhati awk,awk
budak baik n tertarik ngan tudung labuh
awk......
sayer harap kiter boleh
berkenalan....ukhwah fillah eh orang
kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer
akan try sedaya mungkin menjaga awak dan
mengikut syariat,sayer tau sayer bukan
baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik
untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan
bagi orang nampak...
kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,,
sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau
awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der
hak, sayer tau sayer percaye awk, tp
sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x
bertemu selalu, just nampak dari jauh
jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada
depn sayer...mungkin nie yang orang
kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x
nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta
sayer... awk da malu nak jalan tempat
sayer lepak ebab malukan...
hehehr...tq...sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang
siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil
sayer awk jer, mcm sayer x istimewa
untuk awk jer;)sayer teringin gak nak
jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil
sayang... bolelah, bukan salah pun, just
panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie
mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer
just tanyer awk pakai ape jerkan ;(
hehehe... yer tq bgtau, makin sayang
sayer kat awk...


8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah
segalanyer untuk sayer, sayang la
pemberi semangat untuk sayer... yang,
sayer harap ayang n sayer x der rahsia
lg...jgn risau, ini kan membuktikan
sayer take care ayang kan... so, jangan
risau k, yer... sayer akan jaga ahsia
kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x
kitr jumper? yer... ayang bawa lah
kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan
abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg
tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit,
naper ayang bawa satu batalion nak
jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka
ayang pakai tudung yang sayer beli 2,
yang mcm wardina 2,
bukan ayag x cantik, just makin
cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper
nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper
yang jadi... abg td tersentuh jari ayg,
tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x
per...makin la tebal cinta abg kat ayang..
ayang suker jumper abg?
tq
yang, td cian tengok kawn ayang duk je
diam,...
yer... nanti abg bawa kawn abg, leh dier
borak kan...
yang, abg suker tngk mater ayang,
malu malu lak dier,,,
ayang td cantik...


14.tq jumper td,ayang cantik...
abg romantik pun salah ker?
suker abg romantik eh, td jumper da
berani tenung abg.... tq....
tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat
jer... senang la kiter jumper... tengk,
ALLAh membrkati kiter...
ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang
cintakan abg berape peratus?
aper tandanyer?
50% je...
yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x,
just terpikir,,,,


16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg
kat ayang tu...
yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg
pakai tudung 2...
cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat
wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?
sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....


18.yang, da lamer kiter couple, x kan
abg pegang tangan nak mara, ayang kan
milik abg...
tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh
hati... kalu ayng cintakan abg aper
buktinyer yang,,,,



SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT
SEBENAR.....
PEGANG
TANGAN->TERABE->TERSEDAP->TERLANJUR->TERBUNTING->
TERBUANG ANK->TERKELUAR VCD
LUCAH->TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA->TERBUANG->->->->-
>->


JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH
DIRI....
SEMUANYA TER....
TER KE?????
JWB SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA
DARI SMS BERBUNYI, hai, bole sayer kenal....
(ayat di atas td cnth msg, anggap no itu
stage stage untuk awk kearah.... ter....
berhenti sebelum, ter.....


 BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya
akan
terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda
asmara
. Saling
mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang
kemudiannya memasuki sebuah biduk
pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah
cinta itu fitrah setiap anak adam?
Bukankah setiap
orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai
lawan
jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu
wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatang
ternak dan
sawah lading. Itulah kesenangan hidup di
dunia,
dan di sisi ALLAH lah tempat kembali
yang baik
(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai
dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka
merupakan
jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah
bagi kaum
lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah
SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku
selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki
daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,
Tirmidzi,
Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah
manusia, maka
ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai
perhiasan
dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi
orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,
NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga
itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi
cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu
mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan
cinta, juga bagaimana batasan pergaulan
antara
dua insan berlawanan jenis sebelum
nikah, agar
semuanya tetap berada pada landasan
etika dan
norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI
ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-
NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi
semua
jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.
berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu
juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum
yang
berbeza jenis, harus disampaikan dari
balik tabir
pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian
meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab.
(al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata;
Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari
kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat
Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman
ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu
sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di
dalam
hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah
beberapa
etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para
isteri Rasulullah SAW serta kepada para
wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara
merdu,
dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu
Kathir
3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;
Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum
besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum
wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan
Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
hadis ini terdapat ancaman keras
terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh
tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki
dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah
r.a. dari
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata
dengan memandang, zina lisan dengan
berbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari,
Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32)


Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis
tadi, maka
tidak diragukan lagi bahawa bercouple
itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin
menundukkan pandangannya terhadap
kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan
boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya
sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di
luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan
mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling
menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu
hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh
dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut
adalah
lumrah dilakukan, padahal satu hal saja
cukup
untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi
kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin
ditanya
tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum
nikah,
baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya
adalah haram, kerana tidak boleh
seseorang untuk
bersenang-senang dengan wanita asing (bukan
mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana
Rasulullah SAW
bersanda: Janganlah seorang lelaki
bedua-duaan
dengan seorang wanita kecuali ada bersama-
sama mahramnya, dan janganlah seseorang
wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin
ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu
haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak
diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara
keduanya, serta mendorongnya untuk
bertemu dan
berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan
dalam hati seseorang untuk mencintai
penzinaan
yang akan menjerumuskan seseorang pada
perbuatan yang keji, maka dinasihati
kepada setiap
orang yang menginginkan kebaikan bagi
dirinya
untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan
melalui telefon, serta perbuatan
semacamnya demi
menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya
kalau
ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan
wanita asing (bukan mahram) dengan
pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,
seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik
melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan
suara, sehingga berkeinginan orang-orang
yang
berpenyakit di dalam hatinya.
(al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa
apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi
hanya sekadar
keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari
matahari di
siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan
dalil yang
sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara
bercouple itu
haram, kerana mungkin ada orang yang
bercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar
syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan
Islam
itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak
pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh
menghindari
dari saling memandang, atau saling
membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.
Yang mana hal itu jelas haram
berdasarkan dalil
yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,
perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor,
yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa
bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau
terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan
karaktor
calon isteri mahupun suami merupakan
satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di
kemudian
hari. Namun, tujuan ini tidak boleh
digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia
haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang
jatuh
cinta akan berusaha bertanyakan segala
yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh
cinta
akan menjadi buta dan tuli terhadap
perbuatan
kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena
pergaulan bebas
dan pengabaian terhadap nilai-nilai
murni Islam
berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi
menitik
beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan
yang
dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran
dan sunnah
rasul-NYA. Mereka bukan setakat
mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka
menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan
aktiviti
mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan
semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang
seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah
dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan
katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah
berhujah untuk membenarkan perkara yang
telah
terang haramnya di sisi ALLAH.