Sunday, December 12, 2010

KEUTAMAAN FUQARA.....

Nabi s.a.w bersabda:
"Sebaik-baik umat ini adalah fuqaranya dan paling cepat masuk ke Syurga adalah kaum yang lemah"
Nabi s.a.w bersabda:
"Kupunya dua kecenderungan. Siapa yang menyukainya, bererti menyukaiku dan siapa membencinya,bererti membenciku.Iaitu kefakiran dan perjuangan"

Dirawikan bahawa Jibrail as datang kepada Nabi SAW sambil berkata "Sukakah kau jika gunung ini ku jadikan emas dan bersamamu di mana pun kau berada?"
Rasulullah terdiam sejenak lalu berkata, "Hai Jibrail, dunia ini rumah orang yang tidak punya rumah, harata orang yang tidak punya harta dan yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal." Kemudia Jibrail berkata, "Hai Muhammad, semoga Allah menetapkan ucapanmu."

Dirawikan bahawa Nabi Isa as berjumpa dengan orang yang sedang tidur lena dalam selimutnya.Segera dia embangunkannya seraya berkata, 'Hai orang yang tidur, bangunlah dan ingatlah kepada Allah." Orang itu berkata, "Apa yang kau kehendaki dariku.Aku sedang meninggalkan dunia untuk ahlinya."Lalu Nabi Isa berkata ,jika demikian tidurlah engkau wahai kekasihku".

Pernah juga Nabi Musa as melihat lelaki yang tengah tidur di atas tanah berbantalkan batu bata namun muka dan janggutnya penuh debu. Nabi Musa as berkata " Ya tuhanku, hambamu ini tersia-sia didunia". Kemudian Allah memberinya wahyu: "Hai Musa,tidakkah kau tahu jika aku memandangi seorang hamba, Ku halangi dia dari dunia seluruhnya"

Nabi SAW bersabda: Aku lihat di Syurga kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir dan aku lihat di Neraka kebanyakan penghuninya adalah orang kaya dan wanita"

Nabi SAW bersabda:

"Aku masuk ke Syurga. Kudengar gerakan didepanku. Kulihat, ternyata Bilal. Diatasnya umatku yang fakir-fakir dan anak-anaknya dan dibawahnya orang-orantg kaya dan sedikit wanita. Aku berkata, "Ya tuhan, bagaimana keadaan mereka?" Allah berkata, "Adapun wanita-wanita, mereka mabuk emas dan sutera sedangkan orang-orang kaya itu akan dihisab." Aku tidak melihat Abdur Rahman bin Auf. Namun sebentar kemudian dia datang sambil mmenangis. Kutanya," Mengapa engkau tertinggal dariku?"
Dia berkata, "Ya rasulullah SAW,aku mengalami beberapa kesulitan. Kukira aku tidak akan melihat engkau." Rasullullah bertanya, "Mengapa?", "Aku dihisab kerana hartaku".

No comments:

Post a Comment