Tuesday, February 15, 2011

Dikala Nazak....

Dasyatnya kematian tidak dapat diketahui secara pasti kecuali oleh org yg merasakannya. Sedangkan, orang yg tidak merasakannya boleh mengetahui ,namun hanya dengan mengkiasnya pada rasa sakit yg dialaminya atau dengan menggunakan dalil keadaan orang pada waktu nazak.

Disebutkan bahawa setiap anggota tubuh tidak memiliki roh didalamnya, maka yang merasakan sakit adalah roh.Jika anggota tubuh cedera atau terbakar,maka rohnya yang merasa sakit.Sebanyak rasa sakit yg dirasakan ruh, itulah rasa sakit yang dideritai tubuh. Rasa sakit itu tersebar ke seluruh bahagian tubuh. Sementara, rasa sakit yang dirasakan oleh roh hanya sebahagian. Jika rasa sakit itu dirasai roh sahaja dan tidak dirasai yang lainnya, maka betapa hebat dan dasyatnya rasa sakit itu.

Nazak ibarat sesuatu yg menyakitkan roh sehingga tidak tertinggal satu bahagian pun dari roh yang tidak merasa sakit. Andaikata badan terkena duri, maka kesakitan yang dirasakannya hanya dirasakan bahagian roh yang terkena duri itu sahaja. Tetapi kesakitan pada waktu nazak menyerang rph dan seluruh bahagiannya. Ini kerana roh itulah yang dicabut dan ditarik dari setiap urat dan sendi, dari kepala sehingga kaki. Jangan ditanya bagaimana sakitnya sehingga mereka katakan " Sesungguhnya kematian itu lebih dasyat daripada dilibas dengan pedang hanya menimbulkan kesakitan pada bahagian roh yang terkena libasan pedang itu sahaja.

Lantas, bahgaimana jika yang terpotong dan terkena adalah roh itu sendiri. Manusia yang terpotong dan terkena adalah roh itu sendiri. Manusia yang terpotong meminta tolong dan hidup sehingga pagi kerana masih mempunyai kekuatan di dalam jantung dan lidahnya. Suara mayat dan teriakannya terputus disaat dia merasakan kesakitan yang sangat kerana rasa sakit itu telah memunjak dan meningkat pada jantungnya.Oleh itu, setiap kekuatan menjadi rapuh dan setiap anggota badan menjadi lemah. Dia tidak lagi mempunyai kekuatan untuk meminta tolong. Sementara itu, akal sudah tertutup dan bingung,lisan bisu,tangan dan kaki telah menjadi lemah.

Dia berharap boleh berehat dengan rintihan, teriakan dan meminta tolong. Akan tetapi, dia tidak sanggup melakukannya. Jika masih ada kekuatan, maka di saat dicabut nyawa dan ditariknya akan terdengar suara berdengkur dari tenggorok dan dadanya.Warna kulitnya telah berubah dan menjadi pucat seperti tanah yang asal fitrahnya. Kesakitan tersebar di dalam dan diluar tubuhnya sehingga kedua biji matanya dekat dengan 2 kelopak matanya.sementara kedua bibir dan lidahnya berkerut...

BAYANGKAN........

Saturday, January 15, 2011

Macam-macam seksa menurut amal perbuatan manusia...

Allah SWT berfirman: "Wahai manusia, andaikata engkau mengetahui orang-orang yang merosak janji dan amanatku hendak diseret wajah mereka ke neraka.Ketika mereka dilemparkan ke dalam neraka Jahannam maka, jadilah setiap anggota badan mereka dalam suatu tempat. Celakalah orang-orang yang merosak janji dan amanatku. Kau lihat mereka tersalib di atas pohon zakkum, sedang api masuk dari dubur mereka dan keluar dari mulut,mata dan telinga. Wahai Musa, andaikata kau mengeetahui org2 yg merosak janji dan amanatku, sungguh hendakKu sertakan dia dengan syaitan dalam satu rantai dan belenggu digantung pada lidahnya, kedua lubang hidungnya mengalir darah, tiada boleh tidur dan tiada boleh istirehat biar hanya sekejap mata hingga orang-orang kafir itu mengharapkan ketenteraman dengan kematian daripada seksa. Demikian itulah orang-orang yang merosak janjiKu mengharapkan ketenteraman dengan kematian.

Demikian pula orang-orang yang berzina dari memakan riba, serta MENINGGALKAN SOLAT. Mereka diseksa dalam neraka selama satu Huqub. Wahai Musa, andaikata air lautan sebagai tinta, semua pepohonan sebagai pena,jin dan manusia sebagai penulis sungguh telah habis semua pena, telah sirna semua jin dan manusia dan habislah semua lautan sebelum masa satu Huqub dalam neraka Jahannam"

Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah satu Huqub itu?" Jibril as menjawab : "Empat ribu tahun" Rasulullah bertanya lagi :" Dalam satu tahun  berapa bulan?" Malaikat Jibril menjawab:" Empat ribu bulan" Rasulullah bertanya lagi,"Dalam satu bulan ada berapa hari?" Malaikat Jibril menjawab " Empat ribu hari", Rasulullah SAW bertanya lagi. " Dalam satu hari ada berapa jam?" Jibril menjawab," Tujuh puluh ribu jam dan setiap jamnya sama dengan waktu setahun dari tahun-tahun didunia ini"

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra.., beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang hari kiamat, maka keluarlah sesuatu dari api neraka, namanya Harusy yg terlahir dari kalajengking,kepalanya berada langit ke tujuh, sedangkan ekornya berada dibumi yang terbawah maka berserulah dia tujuh kali. " Dimanakah orang-orang yang melahirkan Allah dan dimana orang-orang yang memeranginya?" Maka Malaikat Jibril as berkata: " Apa yang kau inginkan wahai Harusy?"

Dia menjawab: " AKU MENGINGINKAN LIMA GOLONGAN: DIMANA ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT, DIMANA ORANG-ORANG YANG MENCEGAH ZAKAT, DIMANA ORANG-ORANG YANG MEMAKAN RIBA DAN DIMANA ORANG-ORANG YANG MEMINUM KHAMAR (arak), DIMANA ORANG-ORANG YANG BERCAKAP-CAKAP DIMASJID MENGENAI MASALAH KEDUNIAAN?"

Maka dia kumpulkan mereka dalam perutnya, lalu dia lempar ke neraka Jahannam. Kita berlindung kepada Allah SWT dari kecelakaan yang demikian.