Saturday, November 27, 2010

mINTaK PiNjAm TeLiNgA,MaTa,aNdA UtK lIhAt pOsT InI!!!

JoM SHaRe2 apA yG aNa BaCa tTg CINTA.....mesTi bAcA

Perlukah Cinta
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Thursday, November 25, 2010

KeBaHaGiAaN ....

hari ni ana sambut bday sahabat ana yg bernama Rasheeqa.....x da plan pown....dan die sendiri x tahu ana sudah pulang ke kpg...huhuhu sungguhpun majlisnya ala kadar...tp...dapat jugak melepaskan kerinduan dengan sahabat walaupun semuanya x da di sisi....Asrie....budin...hazmir....cosmas....mahfuzah...marzira....rehan....Ainul sgt rindu kat korang sume....rase nak ulang balik raya tahun ni...huhuhuhu....
Kebahagiaan yg ana kecapi membuatkan ana terfikir sejenak...betapa Allah itu sangat indah apabila dia meminjamkan kebahagiaan kepada hambanya supaya dapat merasai nikmat kasih sayang antara sahabat....tanpa ALLAH...x mungkin ana dapat bahagia bila berkawan dengan kesemua nama diatas....syukur padanya diberi pengawasan yg terbaik kpd kami daripada perkara yg mendatangkan fitnah....
Tp....manusia selalu lupa....bila dapat kebahagiaan.selalu dibuai mimpi.....slalu lupa kepada pencipta kebahagiaan..
"ALANGKAH INDAHNYA KALAU KITA DAPAT BAHAGIA SELAMA-LAMANYA....." Bahagia dapat dicari...cuma terpulang kepada manusia itu bagaimana dia mengecapinya....jangan cakap je....kalau stakat bahagia hanya nampak pada kekonkritan dan berbangga kepadanya...kamu x kan selamanya menggenggamnya...kerna...keabstrakan bahagia di jalan Allah lebih bermanfaat utk selama-lamanya....Insyallah...bersama-sama kita kejar bahagia di jalan Allah....

Monday, November 15, 2010

Redha.....

hari ni last ana bermalam dihostel...huhuhu penat mngemas barang...besok ana kene pergi ke Rawang utk beraya dgn mak cik...ana x balik raya aji tahun ni...sbnarnya ana sengaja x balik....peluang nak balik awl memang ada tp mgenangkan teringin benar nak beraya diperantauan,ana kuatkan keyakinan utk membuat keputusan...rindu kat org tua memang ada...tp alang2 balik sekali ngn kakak lah...
hari ni...kesabaran ana diduga.oleh Allah...ana senang utk menerima teguran ttp anan memang x boleh dengan hamba Allah sorang ni...puas ana lembutkan hati....Ana ingtkan ana sorang yg kurang senang dengnnya rupanya ramai lg...ana kuatkan diri utk menegur cara teguran dalam mentarbiyah org sekeliling....Ya! ana sudah menjalankan tanggungjawab ana...tp ana disembur yg sebaliknya...kite x boleh nak mengikut cara kita sahaja dalam mentarbiyah org lain....kdg2 kite kene seiring dengan arus air...sebab kite x kan dapat mengharungi arus atau mengikut arus dalam mentarbiyah org sekeliling.Bile kesemuanya sudah dilaksanakan....berserah pada Allah..hanya dia sahaja punya kunci hati hamba-hambanya...jadi...sebagai pendakwah...kita hanya tinggal doa kepada Allah supaya dibukakan pintu hati...Sabar,yakin dan percaya dalam mentarbiyah org lain...perlu diingatkan...kita juga perlu memperbetulkan diri supaya org lain menerima teguran kita seadanya....

Saturday, November 13, 2010

sOaL hAti????

Agak kelakar bila mengenangkan adik yang still bersekolah jatuh cinta...tp kakaknya pulak kehairanan....mcmane lah dunia remaja skunk ni semakin hari semakin "advance"....Ana pernah bercinta tp zaman tadika je lah....hehehehe....bila difikirkan mengapa semua ini bleh jd...ana sendiri x tahu puncanya...sbg kakak tugas nak memahamkan adik tentang soal percintaan sangat sukar...lebih2 lg bila jauh dari keluarga..ana hanya mampu mengawasi dari alam maya...
Cinta? sukar nak dijelaskan... Ana sendiri x tahu nak bg explanation kat adik...
Suatu ketika dahulu......
Ana pernah bercinta dengan hamba Allah ni...biasalah zaman peralihan nak berubah@ zaman jahiliah....mgkin mase tue sebb kawan kot...bila kwn2 ade pakwe...ana jd sunyi...bile dah ade pakwe...anak cepat jemu...ana x tahu ape yg ana mahu sbnarnya...ana x suka die pon..tp bile sunyi jer diperlukan....dari situ ana terfikir..kalau cinta Allah....x da lah kite nak jemu ke x...sebab cinta Allah tue yg terbaik utk hambanya....dan pencipta cinta itulah yg akan menunjukkan bagaimanaseharusnya kita sesama makhluk menyayangi,mencintai tetapi mengikut batasannya...ana x tahan hidup kepura-puraan....ana ambil keptusan ana jauhkan diri dari hamba Allah tu...dan x kan bhubungan die lg....walaupun menyakitkan sebab dah dalam 6 bln kami knl...ana teruskan juga...ana tahu Allah dah membuka jalan buat Ana..Masa tue kwn2 menyalahkan ana..dan membuat ana terganggu emosi....mereka x fhm apa yg ana mahukan...Ana teruskan juga...Ini lah pengorbanan yg perlu ana buat utk mencari redhanya...yg paling menyedihkan hamba Allah tue sangat x bsetuju dgn kp2san ana yg ana hendak berubah...menuju ke jalannnya..berbagai kata-kata yg menyakitkan hati keluar...dari situ ana sedar, kalau die lelaki yg baik,dia akan menerima kept2san seadanya....kelakuannya membuatkan ana lebih yakin utk bgerak solo dimana-mana sahaja...Ana tahu Allah slalu ada dengan ana cuma ana yg slalu meninggalkan dia...
apabila hidup solo...hiddup ana lebih berdikari...kuat dengan izin Allah...apa-apa aktiviti yg ana lakukan membuatkan Ana smakin melupai kisah hidup lame....mgkin Allah sengaja menduga ana dengan kesalahan yg cuba "dia" dan rakan2 lain lemparkan kpd ana utk merasai apa yang ana rasakan skarang....Org lain x kan merasai apa yg ana rasakan skarang...x rugi kite bkorban utk cari cinta Allah...jika disebut pasal jodoh.....lg lah klakar....sehinggakan ada suara yg mengatakan ana x laku...ana ni suke perempuan....hanya tuhan je yg tahu tahap lucunyer...kdg2 terfikir jgak tp...kene ingat!!!!! syaitan itu boleh saja menyelit nak buat kita ragu2....tipulah ana x ada terfikir memikirkan masa depan yg berkaitan dengan kaum adam...tp...fikirjugak...perlu ke tgesa2 nak fikirkan.lau nak fikir pun...kapel lepas kawen lg bagus....biarlah org lain kehulu ke hilir dengan pasangan masing2 asalkan ana yakin janji Allah itu pasti..."perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" insyallah...nak menjadi perempuan yang lebih baik...dlm proses...ilmu agama lagi x cukup...inikan pulak nak fikirkan pasal org lain....berbaktilah kpd msyarakat dahulu....jangan pentingkan diri nak kejar kebahagaiaan sendiri walhal kamu sewajarnya cukup syarat utk berjasa....kepada adik2 kakak....kalau kamu semua nak bercinta sangat...tolong carikan lelaki yg betol3 mencintai ALLAH....FISABILILLAH....N lpas kawen la bcinta....nak bkapel or dating..x da org kisah pown lau dah kawen..lau stakat bkapel ke hulu ke hilir sama2 x da privasi lah...cuba buat yg LUAR BIASA yg menepati syara'mksud ana....bkapel lpas kawen....kan sweet g2...x da la timbul fitnah...n x da lah pewaris kaki dating....hehheheheh tp kene ingat...nak kawen kene keje lu...mcm2 kene settle kan...jadi,pokok pangkalnya...capailah cinta Allah dulu...pencipta kamu...k....mintak kat die matikan nafsu diusia remaja ini sebab mana tahu itu satu ujian buat kamu utk mengenali soal cinta....jangan jadi hamba nafsu...atur langkah,ingat ALLAH,berdoa serta tawakal padanya....utk mencapai kecemerlangan di dalam semua aspek...semuanya bermula dengan Allah....

Friday, November 12, 2010

Ana x mungkin jadi orang lain....

Seumur hidup....ana redha dengan ketentuan dan pemberian yang Allah beri....Ini lah seindah kejadian rupa ana sungguhpun ada suara yang mengejek rupa ana yang berbeza daripada adik beradik yang lain. Jikalau dulu, ana sangat mementingkan peredaran zaman dengan style yang "up to date" tp...alhamdulillah...dengan hidayah Allah ana syukur dengan keindahan ciptaannya yang tidak mungkin orang lain dapat rasai betapa untungnya ana memiliki rupa sebegini..Biarlah orang sekeliling nampak ana "biase" jer...janji iman di dada cukup kuat untuk berdiri dibumi Allah..(insyallah)....Kepada sesiapa yang sangat suka mengkritik...ingatlah...kamu hanya boleh mengkritik dan melakukan dosa dengan kekurangan orang lain....tetapi sedarlah...apa yang kamu miliki itu milik Allah...bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nikmat itu....sebagai hamba...apa yang kamu miliki itu buatlah seperti kamu meminjam barang orang lain untuk keselesaaan kamu...jadi terserah kepada kamu menjaganya bagaimana....sesungguhnya Allah itu maha melihat...