Tuesday, February 15, 2011

Dikala Nazak....

Dasyatnya kematian tidak dapat diketahui secara pasti kecuali oleh org yg merasakannya. Sedangkan, orang yg tidak merasakannya boleh mengetahui ,namun hanya dengan mengkiasnya pada rasa sakit yg dialaminya atau dengan menggunakan dalil keadaan orang pada waktu nazak.

Disebutkan bahawa setiap anggota tubuh tidak memiliki roh didalamnya, maka yang merasakan sakit adalah roh.Jika anggota tubuh cedera atau terbakar,maka rohnya yang merasa sakit.Sebanyak rasa sakit yg dirasakan ruh, itulah rasa sakit yang dideritai tubuh. Rasa sakit itu tersebar ke seluruh bahagian tubuh. Sementara, rasa sakit yang dirasakan oleh roh hanya sebahagian. Jika rasa sakit itu dirasai roh sahaja dan tidak dirasai yang lainnya, maka betapa hebat dan dasyatnya rasa sakit itu.

Nazak ibarat sesuatu yg menyakitkan roh sehingga tidak tertinggal satu bahagian pun dari roh yang tidak merasa sakit. Andaikata badan terkena duri, maka kesakitan yang dirasakannya hanya dirasakan bahagian roh yang terkena duri itu sahaja. Tetapi kesakitan pada waktu nazak menyerang rph dan seluruh bahagiannya. Ini kerana roh itulah yang dicabut dan ditarik dari setiap urat dan sendi, dari kepala sehingga kaki. Jangan ditanya bagaimana sakitnya sehingga mereka katakan " Sesungguhnya kematian itu lebih dasyat daripada dilibas dengan pedang hanya menimbulkan kesakitan pada bahagian roh yang terkena libasan pedang itu sahaja.

Lantas, bahgaimana jika yang terpotong dan terkena adalah roh itu sendiri. Manusia yang terpotong dan terkena adalah roh itu sendiri. Manusia yang terpotong meminta tolong dan hidup sehingga pagi kerana masih mempunyai kekuatan di dalam jantung dan lidahnya. Suara mayat dan teriakannya terputus disaat dia merasakan kesakitan yang sangat kerana rasa sakit itu telah memunjak dan meningkat pada jantungnya.Oleh itu, setiap kekuatan menjadi rapuh dan setiap anggota badan menjadi lemah. Dia tidak lagi mempunyai kekuatan untuk meminta tolong. Sementara itu, akal sudah tertutup dan bingung,lisan bisu,tangan dan kaki telah menjadi lemah.

Dia berharap boleh berehat dengan rintihan, teriakan dan meminta tolong. Akan tetapi, dia tidak sanggup melakukannya. Jika masih ada kekuatan, maka di saat dicabut nyawa dan ditariknya akan terdengar suara berdengkur dari tenggorok dan dadanya.Warna kulitnya telah berubah dan menjadi pucat seperti tanah yang asal fitrahnya. Kesakitan tersebar di dalam dan diluar tubuhnya sehingga kedua biji matanya dekat dengan 2 kelopak matanya.sementara kedua bibir dan lidahnya berkerut...

BAYANGKAN........

No comments:

Post a Comment